Wednesday, June 24, 2009

Poe di-tag

Tag Bahasa Ibunda

Saya telah dicabar oleh Khemy untuk melengkapkan tag yang berikut:-

TAG 1

1. Bekas kekasih saya adalah : Tiada sebab saya suci. Suami saya adalah kekasih saya yang hanya satu.

2. Saya sedang mendengar : Bunyi penyaman udara dalam bilik tidur.

3. Mungkin saya patut: Pergi tandas sebab sakit perut.

4. Saya suka : Berpacaran dengan suami saya setiap hari Jumaat

5. Sahabat-sahabat baik saya : sesiapa yang sudi membaca blog saya, rasanya 3 orang kut.

6. Saya tak paham : cara orang Singapura memandu kereta

7. Saya kehilangan : N85 saya semasa membeli belah di Robinson.

8. Ramai yang berkata : tak sangka saya kahwin dan beranak

9. Makna nama saya : sentiasa muda

10. Cinta itu adalah : untuk remaja-remaja yang gilakan NKOTB, ryan giggs, keanu riggs dll

11. Di suatu tempat, seseorang sedang : cuba meluahkan hati kepada kekasihnya, "Masalahnya bukan anda, tapi saya."

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud : kesan-kesan regang perut yang tidak akan pudar

14. Telefon bimbit saya : sudah hilang!!!! (2 bulan yang lalu)

16. Saya paling meluat apabila : berdepan degan orang yang kurang ajar.

17. Pesta/Parti adalah : apabila saya berumur 20han dan menari di atas meja di Rohas Perkasa

4 comments:

Khemy said...

"Tiada, sebab saya suci" sungguh menggeletekkan hati saya..dan cuba teka, saya rasa saya percaya...*tersenyum kambing*

Mom again said...

yang u percaya tu mana satu? "tiada bekas kekasih" ataupun "saya suci"???

apakah maksudnya tersenyum kambing?

little miss kechik said...

kambing senyum hanya ada di pekan2 kecil seperti kg koh dan kayan.

dan ye.. sebab saya suci merupakan ayat yang paling kelakar yang saya dengar.. sejak jannuari 2009.

Mom again said...

hahahaha.. ko orang semuanya kelakar betul. kechik, moji patut ada versi melayu, "kechik ghairah."